RapidKL ialah sebuah syarikat peneraju sektor pengangkutan awam di lembah Klang melalui jaringan rel dan basnya. Terdapat tiga jaringan rel (Kelana Jaya Line, Ampang Line, KL Monorail) dan satu jaringan perkhidmatan bas.
Pada tahun 1990an kerajaan melantik Intrakota Consolidated Sdn. Bhd. (anak syarikat DRB Hicom) dan Park May Berhad (anak syarikat Renong Berhad) untuk menstrukturkan kembali operasi bas di lembah Klang. Melalui proses inilah juga Intrakota dan Park May mula membeli syarikat-syarikat bas yang lebih kecil dan mengambil alih perusahaan bas mereka. Kemudiannya, beberapa penambahbaikan yang sudah lama ditunggu-tunggu pun diterapkan dalam operasi.
Kemudiannya Malaysia menyaksikan pelancaran Sistem LRT 1 (kemudiannya diberi kepada Sistem Transit Aliran Ringan Sdn. Bhd – STAR) dan Sistem LRT 2 (Projek Usahasama Transit Ringan Automotif Sdn Bhd – PUTRA)
Krisis ekonomi pada penghujung 1990an menghimpit keempat-empat syarikat ini. Keadaan menjadi sukar untuk syarikat syarikat tersebut mencatatkan keuntungan ekoran atmosfera ekonomi yang tidak mengizinkan.
Kerajaan kemudiannya membeli keempat-empat syarikat ini melalui Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB atau Prasarana) dan seterusnya terus menambah baik perkhidmatan bas dan rel ini.